December 17, 2011

Unit Boustead Dapat Kontrak Mindef Bernilai RM9 Bilion

Malaysia memesan 6 fregat Gowind - Littoral Combat Ship yang akan diserahkan dalam 3 tahapan pembangunan lima-tahunan Malaysia : RMK-10, RMK-11, dan RMK-12 (Foto: DCNS)
KUALA LUMPUR (MDN)-Unit kepada Boustead Holdings Bhd, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd telah diberikan kontrak bernilai RM9 bilion oleh Kementerian Pertahanan.

Kontrak itu ialah untuk penghantaran enam unit generasi kedua "Patrol Vessels Littoral Combat Ships" (Frigate Class) kepada kementerian, kata syarikat dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Jumaat.
Niaga janji itu meliputi reka bentuk, pembinaan, peralatan, pemasangan, pelaksanaan, integrasi dan pengujian ke atas keenam-enam kapal itu, katanya.

"Kontrak itu bernilai RM9 bilion, akan dilaksanakan dalam tempoh tiga Rancangan Malaysia, 10, 11 dan 12," katanya.

Penghantaran pertama dijangka pada 2017 dan disusuli oleh yang lain setiap enam bulan selepasnya.

Sumber: Bernama

0 Comment:

Post a Comment